PELUANG KEEMASAN BAGI SEMUA WANITA-WANITA!!!!
PERTANDINGAN MEMANCING TERBUKA WANITA MESRA ALAM 2009 ANJURAN CBA MANAGEMENT PADA 25 OKTOBER 2009 BERTEMPAT DI KOLAM SIBA, MERAMPONG.



Hadiah-Hadiah Menarik Sedang Menanti Anda!!!!!
Juara - Wang Tunai Rm 200.00 + Sebuah Hamper
Naib Juara - Wang Tunai Rm 150.00 + Sebuah Hamper
Ketiga - Wang Tunai Rm 100.00 + Sebuah Hamper
Sagu Hati
(Ke 4 – Ke 10) - Wang Tunai Rm 70.00 + Sebuah Hamper Setiap Satu
10 Cabutan No.Joran / Peserta Bertuah – 10 Buah Hamper
* Hadiah- Hadiah Sampingan Akan Diusahakan Dan Akan Diumumkan Semasa Pertandingan Nanti.
Peraturan Dan Syarat-Syarat Pertandingan
- Terbuka Kepada Peserta Wanita Sahaja.
- Semua Jenis Ikan Pancingan Adalah Layak Dipertandingkan.
- Kemenangan Adalah Berdasarkan Berat Ikan ( Satu Ekor) Melalui Alat Timbang. Jika Berlaku Samaberat, pemancing yang lebih dulu datang mendaftar akan diberi kemenangan.
- peserta dibenarkan menggunakan joran moden ( berkekili) atau joran tradisi ( rangawan). casting tidak dibenarkan. Semua joran akan dilekatkan nombor mengikut bilangan peserta.
- semua ikan pancingan boleh diambil dan dibawa pulang oleh peserta dengan percuma kecuali ikan patin. Ikan patin hendaklah dilepaskan atau dibayar setelah ditimbang dengan harga biasa RM 12.00 sekilogram.
- bayaran penyertaan akan bermula pada atau sebelum 25 oktober 2009 ( AHAD) bertempat di kolam Siba, Kg. Merampong, Keningau atau semasa pendaftaran peserta pada 25 oktober 2009 bermula pada pukul 10.00 pagi. peserta yang lambat sampai masih boleh mendaftar ( membayar). Resit penerimaan rasmi akan diberikan kepada semua peserta.
- Masa pertandingan bermula pada jam 2.00 petang dan tamat tepat pada pukul 5.00 petang, iaitu selama 3 jam.
- Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 20.00 sahaja bagi setiap satu joran. Peserta boleh mendaftar lebih dari satu joran dan berbayar.
- Peserta bertanggungjawab atas keselamatan semasa pertandingan, bagaimanapun, pihak penganjur akan menyediakan pengawal keselamatan / kecemasan.
- jika ada keraguan, peserta hendaklah merujuk / melaporkan dengan segera kepada pihak penganjur. Pemeriksaan juga akan dibuat dari masa ke semasa untuk menentukan keadilan kepada semua peserta. Pihak penganjur berhak untuk mengambil tindakan jika ada perbuatan penipuan.
- Mana-mana perkara yang tidak terkandung dalam peraturan/syarat ini adalah terpulang kepada budi bicara dan keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
UNTUK KETERANGAN LANJUT, SILA HUBUNGI KAMI :
Puan Masnah Sani - 019-831 3268, 019-588 1895
Encik Maidin Dimal - 019-883 5491
Puan Nomie - 014-856 0553
Cik Nur Aida Johari - 014-872 3022
CBA Management
No. Lesen Berdaftar : 48/838

No comments:
Post a Comment